“Astagfirullah! gerun mendengarnya” Kata Ustaz Abdullah Khairi Apabila AA Persenda Soal Mungkar Nakir

2 min


Warganet dan pendakwah merasa kesal dengan tindakan Azwan Ali yang mempersenda secara celupar berkaitan soal Mungkar Nakir. Mereka meminta pengacara yang dikatakan Diva AA itu segera bertaubat di atas keceluparannya.

Memetik laporan Rotikaya, pendakwah terkenal Ustaz Abdullah Khairi yang kesal dengan perkara tersebut. Beliau berkata gerun dengan lawak yang telah dibuat.

“Kita boleh buat lawak untuk sesuatu keadaan yang menghiburkan tapi jangan buat lawak dalam semua keadaan yang mengaitkan tentang perkara ghaib. Nampak kejahilan dalam agama untuk tontonan umum. Astagfirullah! Gerun mendengarnya.” katanya.

Pendakwat bebas PU Syeb juga menegur kontroversi yang dibuat Azwan Ali.

“Buat Azwan Ali, saudara sudah melampau dan terlalu melampau. Tidak kira itu adalah jawapan dalam bentuk gurauan ataupun tidak, yang pasti itu benar-benar sesat serta memalukan agama.

“Soal Munkar dan Nakir pun saudara boleh buat main, cukuplah warganet hadap caci maki saudara setiap kali berdepan dengan kamera.

“Mestikah dikaitkan dengan ibu bapa orang? Salahkah soalan itu bila diajukan kepada saudara?” ujarnya dipetik Utusan Online.

PU syed juga menyatakan tindakan semua pihak yang terlibat dalam video berkenaan tidak sepatutnya dijadikan bahan gurauan dan jenaka.

“Persoalan malaikat ini bukan persoalan yang kecil, bahkan malaikat juga bukan makhluk yang kita boleh bawa sebagai bahan gurauan dan sendaan.

“Buat DJ yang sakan gelak itu, sedarlah perkara sebegini bukan boleh dibuat bahan untuk melawak!

“Mu boleh buat gurau deh… hebat mu! Bertaubatlah segera saudara,” tegasnya di Instagram.

Warganet juga kurang senang dengan jawapan biadap pengacara itu serta berharap Azwan Ali akan segera bertaubat.

Menerusi perkongsian video ‘podcast’ terbitan penyampai radio Singapura, OKLETSGO di Twitter, Azwan Ali ditanyakan soalan yang dihantar oleh pendengar podcast berbunyi, “Apa persiapan Diva AA bila bertemu malaikat Munkar dan Nakir?”

Azwan kemudian menjawab soalan tersebut dengan secara bersahaja disambut dengan hilai tawa dua penyampai yang mengendalikan podcast tersebut.

“Aku akan ‘sound’ Munkar dan Nakir, suruh sebat mak bapak kau dulu,” jawabnya.


Like it? Share with your friends!

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

...

error: Content is protected !!