Adik Nur Dinie Pergi Jua – Ketahui Simptom Influenza

2 min


Simptom InfluenzaSetelah seminggu melawan virus influenza, seorang murid Tahun Satu akhirnya kembali mengadap Ilahi pada jam 10.41 malam tadi.

Murid itu, Nur Dinie Damia Muhammad Noor Ain, 7, menghembus nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.

Berita pemergian Nur Dinie dimaklumkan bapanya, Muhammad Noor Ain, 38 kepada pemberita. Beliau mengharapkan doa daripada orang ramai supaya anak bongsunya itu bersama dalam kalangan golongan beriman.

Kronologi Apa Yang Berlaku

Rentetan ringkas apa yang berlaku kepada Nur Dinie seperti yang dimaklum bapanya kepada media.

  • Pada minggu lalu Nur Dinie mengidap demam, hari-hari seterusnya keadaan kesihatannya bertambah buruk. Sebelum itu Nur seorang kanak-kanak yang aktif dan tidak menghidap sebarang penyakit.
  • Pada hari ketiga, Nur Dinie dibawa ke klinik apabila demam masih belum pulih, Dia disahkan dijangkiti Influenza A sebelum dirujuk ke sebuah hospital swasta di Johor Bahru.
  • Apabila dirawat di hospital swasta, Nur Dinie tidak menunjukkan sebarang perubahan malah keadaannya semakin bertambah buruk. Dia turut mengalami muntah darah sehingga terpaksa dirujuk ke HSA.
  • Empat hari lalu Nur Dinie dimasukkan ke ICU, HSA bagi mendapat mendapatkan pemantauan pakar. Semalam Nur Dinie mengalami jangkitan pada bahagian hati. Pada tengah hari Nur Dinie disahkan mengalami mati otak setelah menjalani imbasan.
  • Pada malamnya, Nur Dinie disahkan meninggal dunia.

Simptom-simptom Influenza

Virus yang boleh menyebabkan deman Influenza yang menyerang saluran pernafasan. Influenza A lebih kerap menyerang manusia terutama golongan berisiko seperti kanak-kanak dan juga wanita mengandung. Golongan tua serta pengidap penyakit kronik perlu berwaspada dengan virus ini.

Ianya wujud dalam komuniti tetapi tidak aktif untuk menjadi wabak. Ia boleh merebak melalui batuk, bersin, menyentuh apa yang disentuh pesakit serta titisan air liur pesakit.

Bagi yang terkena virus ini, mereka akan mengalami beberapa simptom berikut;

  • Mengalami demam dengan suhu yang terlampau tinggi sehingga 40 darjah Celsius dan berlarutan 3,4 hari. Kanak-kanak akan lebih berisiko mendapat demam dengan suhu lebih tinggi berbanding dewasa.
  • Mendapat selesema dan doktor akan dapat menentukan itu adalah selesema influenza sekiranya terdapat virus ketika itu.
  • Mengalami sakit sendi dan otot di mana selesema yang disusuli dengan sakit bahagian tersebut menandakan terkena jangkitan influenza.
  • Gejala batuk akan berlaku kerana virus ini menyerang saluran pernafasan bawah yang boleh mencetuskan keradangan.
  • Badan mengigil membolehkan doktor dengan lebih mudah menentukan terkena jangkitan virus influenza .
  • Kadang-kadang boleh menyebabkan sakit kepala, namun ini bukanlah simptom khusus, namun boleh berlaku.
  • Terjadi muntah dan cirit-birit terutamanya bagi kanak-kanak.

Inilah antara simpton-simpton influenza. Apabila mengidap demam terutamanya anak-anak, pastikan rawatan segera bagi mengelak keadaan menjadi lebih parah.


0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

...

error: Content is protected !!