7 Fakta Menarik Selepas Itali Bergelar Juara Euro 2020

2 min


Juara Euro
– Reuters

Pasukan Itali bergelar juara Euro 2020 selepas berjaya menewaskan pasukan England dalam perlawanan akhir di Stadium Wembley awal pagi tadi.

Itali yang memegang rekod tanpa kalah dalam 34 perlawanan menewaskan pasukan England menerusi sepakan penalti 3-2 setelah terikat terikat 1-1.

Pasukan Itali kendalian Roberto Mancini mengekalkan kesebelasan utama yang sama seperti ketika menewaskan Sepanyol di peringkat separuh akhir minggu lalu.

Manakala England yang dibimbing oleh Gareth Southgate pula mencipta kelainan dengan menggunakan formasi 3-4-3 apabila meletakkan pemain pertahanan kanan tambahan, Kieran Trippier dalam kesebelasan utama.

Pasukan Skuad Three Lions bermula rancak apabila berjaya menjaringkan gol seawal minit ke-2 melalui tendangan cantik Luke Shaw.

The Azzurri cuba mengawal perlawanan pada separuh masa kedua, dan pada minit ke- 67 Leonardo Bonucci berjaya menyamakan kedudukan 1-1.

Akhirnya The Three Lions kecundang kepada The Azurri apabila tiga sepakan penalti gagal disempurnakan sekali gus menobatkan Itali sebagai juara Euro 2020.

Juara Euro

7 Perkara Menarik Euro 2020

  • Pasukan Itali telah menjuarai piala Euro buat kali ke-2 setelah 53 tahun iaitu pada tahun 1968. Jarak terpanjang untuk bergelar juara kali kedua iaitu selama 53 tahun mengatasi penantian 44 tahun Sepanyol dari tahun 1964 hingga 2008.
  • Pasukan Itali berjaya memenangi kejuaraan utama ke-6 mereka iaitu 4 kali Juara Piala Dunia dan 2 kali Juara Euro. Di kalangan negara-negara Eropah, Itali hanya kalah kepada Jerman yang menjuarai 7 gelaran.
  • Pasukan Itali ketinggalan dalam permainan untuk pertama kali pada Euro 2020. Secara keseluruhan, mereka ketinggalan selama 65 minit semasa menentang England di peringkat akhir.
  • England hanya memenangi 22 peratus penentuan penalti dalam kejohanan utama. Nisbah terendah dalam kalangan negara Eropah yang terlibat dalam kejohanan besar.
  • Pengurus England, Gareth Southgate telah membuat sekurang-kurangnya satu pertukaran kesebelasan utama England untuk 37 perlawanan berturut-turut. Secara keseluruhan, Southgate telah membuat 200 pertukaran. Pemain kesebelasan utama Euro 2020 adalah sama dengan separuh akhir Piala Dunia 2018.
  • Harry Kane yang menentang Itali gagal untuk menjaringkan gol untuk kali kedua dalam 61 penampilan bersama England. Sebelum ini, Kane juga gagal melakukannya dalam perlawanan persahabatan menentang Switzerland pada bulan September 2018.
  • England terus berduka di peringkat antarabangsa apabila gagal meraih sebarang kejayaan dalam tempoh 55 tahun sejak memenangi Piala Dunia pada edisi 1966.

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

...

error: Content is protected !!