Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan ‘jawatan kosong’ yang perlu bagi mengisi kekosongan guru di seluruh negara.
Bakal-bakal guru lepasan Institut Pendidikan Guru (IPG) yang belum ‘posting’ boleh menarik nafas lega kerana akan menyertai sekolah sebagai guru.
18,702 Kekosongan Jawatan Guru
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin mengumumkan 18,702 kekosongan jawatan yang perlu diisi membabitkan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG41. Kekosongan jawatan yang membabitkan sekolah-sekolah seluruh negara terutamanya di Sabah, Sarawak, Selangor serta Johor.
Pengambilan secara ‘one off’ dibuat kerana KPM menghadapi kekangan kekurangan guru dari IPG serta tidak menepati sasaran opsyen mata pelajaran yang diperlukan.
KPM memerlukan guru-guru dengan mata pelajaran tertentu tetapi menghadapi masalah kekurangan bekalan. Keadaan ini bertambah sukar untuk KPM mengambil guru baharu bagi memenuhi kekosongan yang ada.
Kekosongan jawatan di peringkat Sekolah Rendah melibatkan guru ahasa Inggeris, Pendidikan Khas, Sejarah, Pendidikan Khas, Pendidikan Islam serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Manakala bagi peringkat menengah pula, guru-guru yang diperlukan adalah guru adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Khas, serta guru Reka Bentuk dan Teknologi.
Cara Memohon Jawatan Guru
Cara memohon akan disiarkan melalui iklan akan dikeluarkan 7 Julai 2021 manakala penempatan adalah secara berperingkat bermula Oktober ini – Akan dikemaskini
Saranan Buat Bakal Pelatih IPG
Bagi lepasan SPM yang berminat dengan kerjaya guru, ini saranan khas buat anda sebagai bakal pelatih yang menyertai IPG. Pastikan opsyen mata pelajaran yang dipilih, adalah lebih baik anda melihat kepada kekurangan opsyen-opsyen mata pelajaran tertentu seperti yang dinyatakan di atas.
Ini bagi memudahkan anda mengisi kekosongan jawatan seperti yang diperlukan.
0 Comments