Walaupun hanya sempat 11 hari berjawatan sebagai penasihat Perdana Menteri, namun memperolehi 1 bulan gaji. Itulah yang diterima Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu apabila menerima bayaran secara pro rata sebulan gaji iaitu sebanyak RM27,227.20 untuk 11 hari.

Menurut Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, pembayaran penuh yang dibuat sebagai gantian notis penamatan perkhidmatan yang tidak cukup sebulan. Ia tidak melibatkan pembayaran pencen.

Ia dinyatakan PM dalam jawapan bertulis di Parlimen selepas Lim Lip Eng (PH-Kepong), meminta beliau menyatakan jumlah gaji diterima oleh Ahli Parlimen Tambun itu sebagai Penasihat Perdana Menteri bertaraf menteri untuk tempoh yang singkat itu.

Memetik laporan FMT, Lim turut mempersoalkan sama ada dibayar gratuiti dan pencen bulanan daripada kerajaan, selain bertanya apa tugas Faizal sebenarnya.

Ismail berkata, tugas Faizal semasa kerajaan PN memerintah adalah untuk menasihati Perdana Menteri dalam hal berkaitan komunikasi komuniti.

Selain itu, katanya, Faizal bertanggungjawab mewujudkan jalinan kerjasama erat antara kerajaan dan pimpinan masyarakat.

Faizal dilantik sebagai Penasihat Khas bertaraf menteri kepada Muhyiddin pada 5 Ogos sebelum Perdana Menteri itu meletak jawatan pada 16 Ogos.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here